Perkembangan Double D The Reds


Daniel Ayala sebelum ini dipinjamkan ke Hull City
Menurut sumber yang dinyatakan dalam web rasmi Liverpoolfc.tv, menyatakan bahawa pada permulaan awal tahun hadapan iaitu pada bulan januari mendatang ini, pemain pertahanan muda yang sebelum ini dipinjamkan ke Hull City akan kembali ke kem latihan melwood dan sekaligus menamatkan tempoh pinjaman dia dengan kelab yang terkenal dengan panggilan The Tigers.

Sepanjang bermain di kelab tersebut, Daniel Ayala yang juga pemain kebangsaan sepanyol bawah 21 ini telah membuat 12 penampilan dan menjaringkan 1 gol dalam tempoh pinjaman tersebut.

Dalam masa yang sama, pemain yang kini semakin meningkat naik dari segi prestasi persembahannya, Dani Pacheco telah menyatakan sepanjang dia berada di Liverpool, dia telah menjadikan Steven Gerrard sebagai contoh dan tauladan dalam mengharungi permain di Merseyside.

Tambah pemain yang berusia 19 tahun ini…..

“Saya harus berusaha dengan lebih keras lagi, untuk berjaya dalam mendapatkan tempat dalam barisan utama Liverpool, dan salah satu cara yang dilakukan oleh saya adalah menjadikan kapten kami Gerrard sebagai contoh untuk saya terus maju”

Stevie adalah role model kepada Pacheco
“apabila saya melihat Stevie berusaha untuk mempertingkatkan diri semasa sesi latihan, contohnya semasa dia cuba untuk meperkuatkan kaki kirinya, saya melihatkan dia sangat semangat dan benar-benar ingin maju,”

“ dan disebabkan inilah saya menjadikan dia sebagai contoh kepada diri saya,dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat bermain dalam barisan squad utama Liverpool”

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger