"Kita tidak boleh terlalu bergantung pada Gerrard "




Salam dan, saya pada hari ini tertarik untuk menulis artikel ini setelah membaca entri berita yang dikeluarkan oleh Roy Hodgson, dimana pasukan tidak terus bergantung kepada Steven Gerrard. Saya juga akui sememangnya kapten Liverpool ini, merupakan pemain yang terpenting dalam Liverpool. Kerana Gerrard merupakan tunjang dan pengerak dalam segala tindakan yang dilakukan oleh Liverpool dalam sesebuah perlawanan.

Mungkin ada diantara kawan-kawan semua tidak setuju dengan pendapat yang saya kata kan ini. Olehitu biar saya terangkan dengan lebih lanjut. Bagaimana saya kata kan Liverpool terlalu bergantung kepada Gerrard. Lihat gambar dibawa.


jumlah passing setakat 10 perlawanan dalam liga perdana


Apabila melihat jadual ini, dapat menunjukkan Gerrard merupakan pemain yang paling banyak melakukan hantaran dan gerakkan untuk menentukan corak permainan Liverpool. persoalan nya adakah selama-lamanya kita hendak bergantung kepada Gerrrard

Cuba kita lihat Gerrard masa dalam perlawanan selalunya akan dipertangjungjawab untuk mengambil sepakan penalti, sepakan sudut dan juga sepakan percuma, bahakan juga tidak dapat dinafikan dia juga pemain yang mengerakkan jentera serangan dan jentera bahagian Midfielder. Kita boleh lihat statistik yang saya lampirkan dimana jumlah perbandingan PASSING dan perbandingan antara pemain lain dalam pasukan.

Seperti yang kita semua tahu, sukan bola sepak ini bukanlah sukan yang didominasi oleh individu dalam mencapai matlamat dalam mengecapi kejayaan, malahan semangat kerjasama dalam pasukan adalah sangat penting. Cuba bayangkan jika Gerrard mengalami kecederaan dan tidak boleh bermain. Adakah pemain lain yang boleh mengantikan tempat yang ditinggalkan olehnya. Jawapannya sudah tentu tidak. Jika ada pun mampukah? Pemain tersebut bermain seperti Gerrard yang tidak pernah erti kalah dan sentiasa memberikan usaha dan kerja keras untuk Liverpool.

Saya juga akui pemain lain dalam Liverpool punyai peranan dan kepentingan masing-masing dalam pasukan. Tetapi seharusnya Liverpool perlu mempunyai pemain yang boleh mengantikan Gerrard semasa ketiadaan . Dan disini saya harapkan dengan pelan perancangan yang dikemukan oleh John Henry dan kini kemasukan Damien Comolli dan dibantu oleh Roy Hodgson, dapat mencari pemain yang benar berkemampuan sebagai pelapis untuk mengantikan Gerrard.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger