MATCH PREVIEW: Liverpool Vs Sunderland


Jaringan Steven Gerrard menyelamatkan Liverpool daripada dimalukan oleh Sunderland dalam perlawanan malam tadi. Jaringan pertama diperoleh melalui tindakan kontroversi apabila Toress meloloskan diri daripada sepakan percuma dan akhirnya Kuyt menjaringkan gol pertama untuk Liverpool. The Black Cats menyamakan kedudukan menjadi 1-1 apabila handball dari Christian Poulsen dalam petak penalti dan dengan mudah Darren Bent menyempurnakan sepakan penalti tersebut . Selepas itu perlawanan tampak dikuasai oleh Sunderland sehingga tamat separuh masa pertama.


Gerrrard sentiasa menjadi penyelamat Liverpool

Sejurus selepas tiga minit separuh masa kedua bermula sekali lagi Darren Bent menjaringkan gol untuk sunderland bagi membolehkan Black cats mendahului dengan 2-1. Selepas itu perlawanan hampir dikuasai oleh Liverpool untuk mencari gol untuk menyamakan kedudukan dan akhirnya Gerrard yang menerima hantaran daripada torres menjaringakan gol melalui tandukan yang cantik. Berbaki dalam 30 minit selepas itu Liverpool terus mengasak ke kubu Sunderland tetapi tiada jarinagan dihasilkan.


Kuyt meraikan jaringan pertama

Pada pendapat saya( penulis) keseluruhan perlawanan ini pada separuh masa pertama kawalan padang dikuasai oleh pasukan lawan, segala hantaran bola tinggi berjaya disekat oleh pasukan lawan serta tampak corak permainan agak sedikit kelam kabut dan kurang teratur, mungkin ini disebabkan ini kali pertama gaya corak posisi 4-4-2 digunakan oleh Liverpool dan pemain tidak biasa dengan gaya ini. Tetapi pada separuh masa kedua tampak Liverpool sudah serasi dengan corak pemainan baru ini dan kembali mengawal tempoh dan kawalan padang dan selepas ini saya berharap agar Roy dan anak buahnya akan melakukan lebih baik dari ini semoga Liverpool akan kembali berkuasa dalam kancah liga dan seterusnya memastikan tiket untuk beraksi dalam Liga juara-juara musim depan. Sekian dari saya “You'll Never Walk Alone”

Analisis permainan:

Sabtu, 25 September 2010
Barclays Premier League

Kesebelan utama : Reina, Johnson, Konchesky, Carragher, Skrtel, Gerrard, Poulsen, Meireles, Cole, Kuyt, Torres.
Subs: Jones, Kyrgiakos, Lucas, Ngog, Agger, Jovanovic, Maxi.

Kawalan Posisi
Liverpool 54: 46 Sunderland
Percubaan ke arah gol
Liverpool 5: 1 Sunderland
Sepakan sudut
Liverpool 3:3 Sunderland
Fouls
Liverpool 15:7 Sunderland
Kad kuning
Liverpool 3:1 Sunderland

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger