Luahan Torres


Penyerang Liverpool, Fernando Torres begitu mahukan kelab mencari pemilik baru dalam usaha mengembalikan era kegemilangan ke Anfield.

Pemilik bersama Reds, George Gillett dan Tom Hicks meletakkan kelab untuk dijual pada April lepas dan Barclays Capital telah dilantik untuk mengawasi proses tersebut.

Namun pembeli masih belum ditemui dengan ahli perniagaan Hong Kong, Kenny Huang menarik diri dari minatnya membeli kelab dan ketidakpastian mengenai sebuah konsortium yang diketuai oleh Yahya Kirdi.

Bintang serangan, Torres, yang mengabaikan minat Chelsea dan Manchester City pada musim panas untuk menyatakan komitmen beliau kepada wajah baru Liverpool kendalian Roy Hodgson, berharap penyelesaian dapat dicapai dengan segera.

"Memang penting ketibaan pemilik baru yang boleh menjadikan kami pasukan yang kompetitif," katanya kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Cope.

"Kami tak jauh ketinggalan di belakang. Kami ada musim yang mengecewakan musim lepas tapi musim ini kami cuba empat mata di belakang Manchester United.

"Harapnya kami akan bertemu sebuah konsortium yang membeli kelab dan menjadikan Liverpool berupaya bersaing dari segi kewangan dengan Chelsea dan United.

"Kemudian mari lihat apa yang kami mampu lakukan musim ini. Liverpool mengekalkan Steven Gerrard di mana ia amat penting. Ia tetap sebuah pasukan yang hebat.

"Ia satu situasi yang rumit kerana kami tidak bersaing di Liga Juara-juara tapi ia masih kelab terbesar di England dan untuk bermain di Anfield setiap minggu memang satu keistimewaan.sumber Daily Mail

yeah wahai FAN NYWA lihatlah bertapa semangat el nino
ape2 pun sayang liverpool selamanya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger