Hari ini dalam sejarah….



Macam tidak percaya apabila hari ini, saya( penulis) tengok pada kolum Rembat kosmo di A16 keluaran sabtu 25 september 2010, berkenaan komen aku mengenai penulisan seseorang penulis dalam rembat kosmo yang mengatakan Liverpool menang nasib semasa Istanbul di kejohanan liga juara-juara menentang Ac Milan. Tidak dilupakan kepada rakan sepejuangan yang tidak setuju dengan pendapat itu seperti saudara “Muhd Hisham Baptist, Adlina Torres, A Faiz A Mustaffa and Ngantukler Plak serta saya sendiri Darion Daron” dan jika anda semua ingin tahu mengenai mereka silalah add mereka di laman web sosial facebook nescaya anda yang menyokong Liverpool akan suka dengan mereka kerana mereka adalah penyokong Liverpool yang sejati dan pastinya anda akan selesa dengan mereka.

Mengenai perlawanan di Liverpool ingin saya terangkan disini perlawanan di Istanbul bukan la nasib tetapi ianya adalah kerana semangat tidak mengaku kalah pasukan Liverpool yang ingin membuktikan siapa mereka dan apa yang mereka mahu serta kebolehan pemain yang beraksi pada masa itu untuk mengawal emosi bagi membolehkan matlamat untuk mencapai kemenangan. Disini juga saya ingin ceritakan serba sedikit berkenaan pa yang terjadi pada waktu perlawanan itu berlangsung.

Pertandingan ini sering disebut sebagai "Keajaiban Istanbul". Mari kita lihat kenapa perlawanan amat bermakna kita penyokong Liverpool. Cukup hebat dan penuh dengan aksi tidak mudah mengaku kalah, Istanbul tidak akan pernah dilupakan oleh setiap peminat Liverpool.Penyokong pasukan lain akan ingat betapa istimewanya perlawanan ini . Selaku pasukan Underdogs Liverpool turun ke padang dengan penuh harapan untuk menang pada malam tersebut.

Pada masa itu Liverpool yang telah memenangi Liga juara-juara sebanyak empat kali,dan final yang keenam sejak bencana Stadium Heysel pada tahun 1985. Laluan ke Final dimana Liverpool telah mendapat tempat kedua dalam kumpulan dibelakang Monaco dan kemudian mengalahkan Bayer Leverkusen, Juventus dan Chelsea untuk sampai ke final.

Ac Milan dianggap sebagai pilihan sebelum perlawanan dan mula menjaringakn gol dalam minit pertama melalui kapten Paolo Maldini. Hernán Crespo menambah dua gol lagi sebelum separuh masa untuk membuat keadaan menjadi 3-0. Separuh masa kedua. Liverpool seperti mendapat tonik ajaib dan membuat comeback yang menakjubkan, Liverpool menjaringakn tiga gol dalam enam minit untuk keadaan berubah menjadi 3-3, melalui Steven Gerrard, Vladimír Šmicer dan Xabi Alonso. Kedudukan tidak berubah dalam masa tambahan, dan memaksa penentuan penalti diperlukan untuk menentukan juara. Jerzy Dudek mencul sebagai wira Liverpool apabila menahan sepakan penalti dari Andriy Shevchenko sekaligus membawa Liverpool muncul juara piala Eropah pada kali ke 5.

Akhir kata dari saya kepada semua yang menyokong Liverpool teruskan menyokong Liverpool kerana Livepool need you.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger