Zaman Gemilang LIVERPOOL

Permohonan Liverpool untuk menyertai Liga Bola Sepak Inggeris ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire, dan menang permainan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali kedua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas itu, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola sepak Inggeris.
McVean juga menjaring gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga apabila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.
Dalam tahun 1896, Liverpool menukar warna jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan Liga mereka yang pertama, pencapaian itu dapat diulangi dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Perlawanan itu adalah perlawanan kali terakhir diadakan di Crystal Palace, dan dihadiri oleh King George V.
Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut, dengan pasukan yang diketuai Ephraim Longworth. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947. Liverpool juga menjadi naib juara Piala F.A. tahun 1950.

Bill Shankly menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun berikutnya, Bill Shankly membawa Liverpool menjadi salah satu pasukan paling ternama di Eropah. Dalam tahun pertama pengurusannya, beliau membuang 24 orang pemain. Beliau membeli Ian St. John dan Ron Yeats dari Scotland selepas mendapatkan striker Roger Hunt, pemain sayap Ian Callaghan dan pemain pertahanan Gerry Byrne.
Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dengan jurang 8 mata dan dinaikkan bertanding dalam Divisyen Satu Liga Inggeris. Sejak itu, Liverpool kekal di dalam Divisyen paling atas Liga Inggeris sehinggalah ke hari ini. Liverpool tidak pernah mengakhiri musim pertandingan dengan kedudukan lebih rendah daripada tempat ke-8.
Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Pada tahun itu juga Bill Shankly menukar warna jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah keseluruhan, dan warna tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.
Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. setelah mengalahkan Leeds United 2-1 dalam perlawanan akhir. Liverpool juga pertama kali beraksi dalam pertandingan di benua Eropah, tetapi tersekat di peringkat separuh akhir Apabila dikalahkan Inter Milan.
Liverpool pertama kali bertanding di peringkat akhir pertandingan Eropah dalam tahun 1966 apabila mereka tewas pertandingan untuk Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill Shankly memperkuatkan skuad pemainnya. Beliau membeli Emlyn Hughes dan Ray Clemence daripada kelab-kelab dalam Liga bawahan. Beliau kemudian mendapatkan Kevin Keegan dalam tahun 1971 dan pasukan yang beliau bawa sejak tahun 1960-an ditukarkan secara perlahan dengan pemain-pemain baru.
Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah apabila memenangi Piala UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach.
Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A. tetapi menerima kejutan apabila Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengurus Liverpool. Beliau memberi alasan tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Walaupun Liverpool memujuk Bill Shankly untuk menarik semula keputusan untuk berhenti, Bill Shankly tetap dengan keputusannya dan mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger