siapakah dia Roy Hodgson's


beberapa info mengenai Roy

* Englishman yang pernah berkhidmat 2 negara euro; Swiss dan Finland. Juga pernah bersama UAE 2 tahun
* Karier bola sepak yang tidak menyerlah; Crystal Palace, Tonbridge, Grevesend, Meidstone United.
* lebih menyerlah sebagai pengurus bola sepak; Inter Milan, Blackburn dan Udinese pernah mendapatkan khidmatnya sebelum Fulham.
* World Cup ’94 ; kalah sekali di peringkat kelayakan. Membawa Swiss ke pusingan 16 pasukan terakhir setelah memperoleh naib juara kumpulan. Tewas kepada Spain di pusingan 16 pasukan.
* Bawa Swiss layak dengan mudah pada Euro ’96. serta merta letak jawatan setelah membawa swiss layak ke pusingan akhir Euro
* Letak jawatan sebab dapat tawaran Inter Milan.
* INTER: tidaklah begitu baik ketika di awal pengurusannya di sana. Tempat ke-13 pada musim pertama dan meningkat ke tempat ke-6 musim berikutnya.
* Musim 96-97 Inter melonjak di tempat ke-3 pada tahun itu, Roy berjaya membawa Inter ke Final UEFA cup. Namun tewas penalti setelah bertarung 2 leg. Harus diingat dia yang bawa Ince ke Inter.
* Tahun 1998,(ketika roy sudah kembali ke EPL) pasukan Inter yang dia bina menjuarai UEFA Cup, dan muncul naib juara Serie A.
* BLACKBURN: selepas 2 tahun berlalu ketika Blackburn menang EPL, Rovers sekadar di tempat ke-13. Roy dilihat calon sesuai menaikkan Rovers.

Roy paling berjaya di Fulham
* Musim 97/98 – musim pertama Roy. Blackburn di tempat ke-6. Musim berikutnya 20juta dibelanjakan Roy untuk memantap lagi skuad Rovers. Namun, kariernya berakhir juga setelah hambar saja Blackburn musim itu. Disember 98, dia dipecat ekoran kedudukan Rovers ketika itu di dasar liga.
* Beberapa kelab bawahan (Championship) yang dibawanya juga menemui jalan buntu sehinggalah dia kembali ke meja jurulatih negara.
* UAE dan FINLAND. di negara teluk, dia masih tak berjaya. Cuba meng adaptasi taktikal England ke negara tersebut, dan menyifatkan pemainnya malas. akhirnya kariernya bersama UAE berakhir. FINLAND pula dia ditugaskan membawa Finland layak ke Euro 2008. Namun, sipi saja lagi untuk Finland layak. mereka di tempat ke-4 pusingan kelayakan. seterusnya Finland memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya.
* 28 Disember 2007, Roy menapak di Fulham pula. Fulham bergelut di zon penyingkiran ketika itu.
* Awal karier di setiap kelab yang dia urus, tidak dibanggakan. Tewas kepada Bristol City di piala FA tidak boleh diterima oleh segelintir peminat Cottagers. 13 perlawanan awalnya hanya memperoleh 9 mata saja.
* Musim 08/09, sungguh luar dugaan. Dia membawa Fulham di tempat ke-7 (layak untuk UEFA Cup). dan posisi terbaik Fulham dalam sejarahnya. pujian diberi diatas pembelian pemain spt Mark Scwarzer, Zamora, Andy Johnson dan Brede Hengelend.
* musim 09/10, Fulham sangat kebal di eropah. Tewaskan Juventus, merupakan satu titik paling bermakna dalam kariernya. Seterusnya Wolfsburg, Hamburg.
* Roy hampir saja menghadiahkan piala pertama Fulham dalam tempoh 130 tahun sejarah kelab.
* Dan Roy adalah pengurus ‘multilingual’ boleh bertutur hampir 10 bahasa. English, Norweigien, Swedish, Italian, German, Danish, French, Japanese dan Finnish.

Komen saya mengenai Roy. Mungkin sejarah telah banyak mengajar beliau. Setiap kelab yang diuruskannya, tidak membanggakan di musim pertama. Namun, pasti dia dapat membawa sesuatu dari pengalamannya untuk mencipta kejutan pula di Anfield. Walau apa, siapa pun yang mengetuai Liverpool, setiap peminat pasti di belakang pengurus tersebut. Mungkin prestasi baik Roy di Eropah menjadi titik tolak pengurusan LFC memilih beliau menggantikan Rafa. YNWA Uncle ROY!!

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger