kekalahan yang memalukan


Bermain dengan posisi 442 ditempat lawan serta dengan Lucas bermain peranan di tengah amat tidak seimbang.ternyata percaturan yang dibuat oleh roy sememangnya tidak revelven sama sekali. tapi kita tidak boleh menyalahkan roy, kerana segala yang dirangcang oleh roy mungkin mengalami sedikit gangguan diatas sebab Mascherano yang mogok untuk menunjukkan protes dia kepada roy kerana tidak mahu menjualnya.tindakannya sungguh tidak menghormati kelab yang telah membawa beliau dari kehinaan di West Ham sehinggalah menjadi kegilaan Barcelona. Kalau nak pergi ke Barca sekalipun tunjuklah hormat kepada peminat yang menyanjugimu selama ini. Buat macam Milner yang memberikan yang terbaik dalam jersi Villa sebelum main dengan Man Citeh. Itulah ucapan aluan Buletin Liverpoolkita di pagi selasa yang dingin dan agak suram.
Dah x larat dah geleng kepala sebab gamas malam tadi sungguh teruk dan x seimbang langsung, mana tak nya, hampir keseluruhan games dikawal oleh city segala pergerakan diatas padang dikawal oleh city. pujian terut dibelikan kepada city kerana bermain dengan baik pada games kali ini. tapi jangan bersenang lenang kerana perlawanan di anfiel masih ada pada 11 april 2011 jika x ada arah melintang . disana pasti YNWA akan membalas balik apa yang city telah beri kepada kita. " bak kata orang ada lori ada bas ada hari kita balas "
Pada pendapat saya keseluruhan perlawanan sememangnya apa yang kita buat serba tak kena, tapi Man City buat serba menjadi dari menyerang dan bertahan. Saya sebenarnya sudah menjangkakan kita tak punyai apa-apa kelebihan dari melihat pemain dan corak bola dimainkan, tetapi nampak gaya Pak Cik Roy tiada plan B. Dia tidak se ego Rafa, tetapi mati akal tanpa membuat perubahan setelah gol kedua masuk. Penalti diberikan kepada City sangat konterversi, kerana dari ulangtayang nampak sangatlah Adam Johnson sengaja menjatuhkan badan. Dan nasib baiklah Skrtel tak kena kad merah kalau tidak kene gantung 2 perlawanan la sktel. Namun salahnya kita juga, Agger tak mampu nak kekang Adam, sepanjang perlawanan. Nasib baiklah Jovanovic banyak kali membantu mengasak Adam. jangan marah sememangnya Adam ini bagus segala kontrol bola amat teratur teratur.

Akhir sekali kita perlu kembali ke alam nyata. Jual segera Mascherano dan belilah pemain sayap yang laju dan bek kiri hebat yang tak reti sakit. Kita dah tak mampu nak harungi musim ini dengan pemain yang sedia ada. Setelah melihat perlawanan ini ternyata Man City punyai pemain paling hebat di Liga Perdana iaitu Joe Hart. Tak kerana dia kita mungkin boleh dapat gol saguhati sebiji dua. Apapun saya harap pasukan kita kena fokus untuk elakkan buat kesilapan, walaupun kita tahu harapan untuk tempat ke empat pasti tak tercapai jika keadaan ini berterusan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger