Diarra dalam pantauan liverpool


Dalam ketidaksabaran menunggu hari-hari terakhir Mascherano, Hodgson sedang bersiap-sedia mencari pengganti sesuai. Tak kurang dari 4-5 orang beliau senaraikan untuk posisi paling susah nak cari yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Namun apabila nama Mahamadou Diarra dikaitkan mungkin ramai yang agak teruja termasuk saya. Man U dan Chelsea sebelum ini pernah cuba membeli pemain hebat ini ketika Diarra di Lyon lagi. Namun dia lebih menyukai cabaran di La Liga berbanding Liga Perdana.

Kerjaya beliau di Bernabeu boleh dikatakan membanggakan kerana berjaya ganti tempat Makalele yang berhijrah ke Chelsea, dengan memenangi 2 kejuaraan La Liga. Namun akibat kecederaan yang agak serius, tempat beliau diambil alih oleh seorang lagi Diara. Tetapi apabiala masuk pengurus sekarang iaitu Mourinho yang membawa pemain baru, seperti Khadeira maka peluang untuk Diarra kekal makin tipis. Dia terpaksa berebut tempat dengan Alonso, Khadeira, Lassana, Gago untuk posisi tengah. Jadi jalan mudah ialah cari majikan baru.

Roy Hodgson tak perlu susah kerana Diarra telah menyatakan dia lebih gembira ke Anfield dari Man U. Hairan sungguh, padahal Man U boleh berikan Liga Juara-Juara berbanding Liga Europa, jika bersama kita. Saya rasa Alonso atau Arbeola pernah bercerita tentang keseronokan di Merseyside, tentang peminat dan suasana meriah di Anfield. Namun kalau mereka cerita pasal Koboi Amerika, saya takut Diarra pasti potong stim dia nak datang. Namun segalanya bergantung kepada situasi Mascherano ke Barcelona. Harap Jadi hendaknya Mascherano berambus dan kita dapat pemain yang mahu main sepenuh hati untuk peminat Dipetik dari blog Liverpool kita(http://liverpoolkita.blogspot.com/2010/08/revolusi-roy-mahamadou-diarra.html)

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger