Match Preview (Tottenham 2 - 1 Liverpool)


Satu perlwanan yang mengecewakan di White Hart Lane dengan jaringan minit ke 90 oleh A. Lennon pada minit ke 90, hasil dari serangan pantas daripada Counterattack, dengan keadaan pada minit ke 88 dimana Carragher terpaksa dikeluarkan kerana cedera.

Pada separuh masa pertama tampak kedua pasukan bermain dengan kadar dan tempoh yang agak sama, dimana banyak hantaran tinggi dan serangan Counterattack dilakukan. Pada minit 42 Skrtel menghadiahkan jaringan untuk Liverpool, namun perkara yang menyedihkan pada minit ke 60, dia membuatkan kesilapan dimana dengan tidak sengaja menjaringkan gol sendiri.

Berdasarkan pendangan kecil dai saya, sebenarnya walaupun Liverpool tumpas pada perlawanan ini, pujian patut diberikan kerana persembahan yang diberikan tampak berbeza jika hendak dibandingkan semasa menentang Stoke City dan perlawanan tempat lawan yang lain. Jelas sekali kesungguhan yang dipesembahkan pasukan yang bermain pada perlawanan ini. Ini dapat dibuktikan dengan 5 kad terpaksa di layangkan kepada pemain Liverpool dan sebahagian besar pemain yang diberikan kad kuning adalah terdiri dari pemain pertahanan, yang bermati-matian mempertahankan posisi masing-masing.

Dengan kekalahan ini, meletakkan Liverpool kekal di tangga ke 10 dengan 19 mata. Dan kata-kata terakhir saya kepada penyokong Tottenham, “ jumpa di Anfield nanti 16 mei 2011 nanti. Manakala pada penyokong Liverpool yang saya hormati, teruskan menyokong pasukan kerana sesungguhnya pasukan memerlukan kita untuk bangkit kembali. sekian. You'll Never Walk Alone.

Liverpool : Reina, Johnson, Carra (Kyrgiakos), Skrtel, Konchelsky, Lucas, Meireles, Maxi, Kuyt, Ngog (Aurelio), Torres


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger